your beauty is nothing if you have an ugly heart =)

Saturday, 29 November 2014

"Allah tak sayang aku?"


"Allah dah tk syg aku. Sbb tu dia bagi musibah dkt aku mcm2." 

Hey brader, hey sister, tau tak Allah tu bersifat Ar-Rahim? Allah tu maha penyayang. Dia syg semua hamba Dia tau. Hang, aku, semua org Allah syg. Hang sapa nak ckp mcm tu? Allah uji sbb Dia kasih trhadap hang sayang :') Dia nak hg mengadu dkt Dia. Dia nak hg menangis depan Dia. Dia rindu tangisan hg. Dia rindu nk dengar hg merintih. Sbb selama ni masa hg tgh dok happy dengan hidup hg, hg lupa Dia. Solat lambat, Subuh gajah, Zohor lg 10 minit nk asar baru buat. Asar pulak matahari dah nk terbenam baru kalut2 p ambik wuduk. Maghrib pulak dok sibuk tgk tv. Isyak lagi lah. Kdg2 terlepas sbb tertidoq. Sapa yg tak sayang sapa ni? Hg yg tak sayang Allah atau Allah yg tak sayang hg? Allahu.

Bila Dia bagi hg kejayaan, dpt result spm, stpm, pointer gempak2, ada hg nak luang sikit masa nk buat sujud syukur. At least say Alhamdulillah. Ni dak, hg p raikan kejayaan hg dgn family, dgn kwn2, hg lagi sekali lupa Allah! Sapa yg bagi result gempak tu dkt hg? Sapa? ALLAH. Allah baru uji sikit dgn kesenangan, hg dah lupa Dia. Dah tu mcm mana Allah nk bagi kejayaan yg besar2 dkt hg?

Then bila Allah baru bagi ujian sikit dkt hg, hg mula gelabah. Serabut. Kata Allah tk sayang hg, Allah benci hg, macam2 hg kata. Amboi.



As a muslim, kita kena sentiasa ingat yang setiap nikmat itu sebenarnya ujian.

Allah uji sama ada kita masih bersyukur atau tidak.

Dan kita makin jauh atau makin dekat dengan Allah.

Dan bila mana Allah uji kita dengan ujian, kita kena ingat bahawa ujian itu tanda Allah sayang.

Hati ini terlalu lemah, rapuh dan mudah putus asa bila Allah uji.

Dan diri ini jugak mula berkata yang Allah tidak sayang. Allahu. Jangan pernah rasa sebegini.

Didik hati untuk sentiasa tabah dan cekal dengan segala nikmat dan ujian yang terjadi.



Ingat, apa jua musibah menimpa anda, baik sakit, sedih, kesusahan, bahkan tersusuk duri pun akan jadi penebus dosa anda. La Tahzan, Allah itu ada. Senyum :)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Al Baqarah :286




                                                         Untuk saya dan anda semua :')







                                                                                                   Zakiyah Najihah


Setiap yang baik itu datang daripada Allah

No comments: